Acer kini memperluaskan rangkaian komputer riba mereka untuk pengguna di Malaysia menerusi pengenalan Acer Nitro 5 yang dikemaskini dengan CPU Intel generasi ke-11, Tiger Lake – termasuklah Intel Core i5-11300H dan Intel Core i7-11370H.
Bagi yang berminat, Acer Nitro 5 (Core i5) ditawarkan pada harga RM3,799. Sementara itu, Acer Nitro 5 (Core i7) pula berharga RM4,399. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza – termasuklah Acer e-store atau Shopee bermula hari ini.

Selain daripada cip pemproses, kedua-dua variasi model membawakan spesifikasi yang seperti penggunaan skrin bersaiz 15.6-inci IPS dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Komputer riba ini turut dilengkapi grafik NVIDIA GeForce GTX 1650, memori 8GB RAM, storan SSD PCIe sebesar 512GB dan bateri 57.5 Whr. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10, Thunderbolt 4.0, bicu audio 3.5mm, HDMI 2.0 dan sebagainya.