Cari @ Amanz

Clubhouse merupakan salah satu perkhidmatan sosial memfokuskan kepada perbualan berasaskan audio, dan ditawarkan untuk iPhone sahaja buat masa ini. Namun, ia sedia menarik minat ramai pengguna, dan mempunyai peminatnya tersendiri dalam berbincang sejumlah perkara, mahupun untuk berkomunikasi secara kasual.

Terbaru, Clubhouse dilaporkan sedang mengumpulkan dana daripada para pelabur, pada nilai syarikat sekitar $4 bilion (RM16.51 bilion).

Clubhouse berusia sekitar 1 tahun ini, telah mengumpulkan suntikan dana pada nilai $1 bilion pada Januari lepas, dan kini dalam beberapa bulan, ia dilihat Clubhouse kini menganggar mereka bernilai sekitar $4 bilion (RM16.5 bilion).

Pada hari ini, selain Clubhouse, terdapat sejumlah syarikat lain yang sedang melihat dalam mengintegrasikan ciri lebih kurang sama kepada pengguna masing-masing, termasuk Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd