Cari @ Amanz

Jika sebelum ini, anda hanya boleh mendapatkan rangkaian produk penjagaan diri Realme menerusi pembelian atas-talian di Shopee atau Lazada. Kini ianya tidak lagi kerana Realme menyediakan alternatif lain yang membolehkan anda membelinya dengan lebih mudah dan cepat.

Melaluinya, Realme kini mengumumkan kerjasama baharu dengan Watsons khas buat orang ramai. Dengan ini, orang ramai tidak perlu menunggu lama atau bersusah payah untuk urusan pembelian. Sebaliknya, mereka boleh terus berkunjung ke mana-mana kedai Watsons terpilih di seluruh Malaysia untuk mendapatkan produk penjagaan diri keluaran Realme. Sebagai tambahan, ia juga boleh dibeli menerusi pembelian secara atas-talian di Watsons eStore.

Buat masa ini, anda hanya boleh membeli Realme M1 Sonic Electric Toothbrush yang dijual pada harga RM199 untuk seunit. Akan tetapi menerusi kerjasama jangka panjang ini, kita boleh menyasarkan lebih banyak produk penjagaan diri Realme yang akan ditawarkan pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd