Cari @ Amanz

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa komputer riba gaming Acer Nitro 5 dengan CPU Intel Tiger Lake telahpun dipekenalkan di pasaran tempatan pada harga bermula RM3799.

Sebuah lagi komputer riba gaming Acer, iaitu Predator Helios 300 juga telah hadir dengan kemaskini dari segi kad grafik yang ditawarkan.

Bermula dengan spesifikasi asas, Predator Helios 300 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan pilihan CPU Intel generasi ke-10, termasuklah Intel Core i5-10500H dan Intel Core i7-10870H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB. Dari segi penawaran kad grafik pula, Predator Helios 300 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB.

Predator Helios 300

Rekaan Predator Helios 300 ini juga dilihat masih sama seperti model tahun lepas, dan kemaskini yang diperlihatkan hanyalah dari segi penukaran kad grafik.

Menurut Acer Malaysia, komputer riba Predator Helios 300 terbaru ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan hadir dengan tanda harga berikut:

  • Predator Helios 300 (Intel Core i5) – RM5299
  • Predator Helios 300 (Intel Core i7) – RM5999

Sama seperti promosi untuk Acer Nitro 5, setiap pembelian Predator Helios 300 ini yang dilakukan sehingga 30 Jun kelak akan hadir dengan promosi menebus kredit Touch’n’Go ataupun Boost sebanyak RM100. Untuk setiap pembelian komputer riba ini yang dilakukan sewaktu acara Predator League yang sedang berlangsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd