Oppo Reno5 F Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo hari ini memuat-naik satu poster acah yang berkongsi perancangan untuk hadir dengan sebuah lagi peranti baharu untuk pengguna di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Oppo Reno5 F dan ia merupakan peranti terkini daripada jenama berkenaan untuk siri Oppo Reno5.

Poster acah dikongsi memperlihatkan peranti ini bakal hadir dengan binaan nipis bersama keupayaan bateri yang menyokong pengecasan pantas 30W. Di samping itu, peranti pintar ini juga dilihat akan memfokuskan kepada keupayaan rakaman kamera lebih menarik.

Buat masa ini, Oppo Malaysia masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasminya. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini. Jadi, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami