Di China Saiz RAM Dan Storan SSD Macbook M1 Boleh Dinaiktaraf Pasca Pembelian

Diterbitkan pada Apr 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah lama tidak membenarkan RAM dan storan SSD ditambah baik selepas pembelian. Pengguna perlu berpuas hati dengan spesifikasi komputer riba yang dibeli mereka selepas bertahun dibeli. Kerana kedua-dua komponen ini disadur ke papan induk, proses dinaiktaraf adalah hampir mustahil.

Tetapi di China, pemilik MacBook yang menggunakan cip Apple M1 boleh melakukan melakukan prosedur ini tetapi ianya adalah rumit. Tersebar di media sosial MacBook Air M1 dengan konfigurasi 8/256 ditambah baik ke 16/1TB dan sistem operasi Big Sur mengenali modul baharu tanpa masalah. Walaupun boleh dilakukan, prosedur ini tidak disarankan kerana melanggar terma dan syarat jaminan Apple.

Pada waktu yang sama kebarangkalian kerosakan berlaku adalah tinggi memandangkan cip RAM dan SSD disambung terus ke cip M1. Ini bukanlah kejayaan pertama China dalam menaiktaraf peranti Apple. Sebelum ini storan iPhone boleh dinaik juga oleh kedai-kedai elektronik yang banyak di Shenzen.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami