Cari @ Amanz

Kelebihan iOS berbanding Android ialah kemas kini diberikan selama lima tahun dan diberikan serentak kepada pengguna global. Bagi mereka yang mementingkan ciri terkini dan tampalan sekuriti, iOS ialah platform telefon pintar yang amat disarankan. Menurut laporan dari MixPanel, 90.26% iPhone yang boleh menerima iOS 14 kini menggunakannya.

Ini dicapai dalam masa sembilan bulan. Peratusan penggunaan versi terkini yang tinggi ini hanya boleh dimimpikan sahaja pada peranti Android kerana kemas kini diberikan oleh pengeluar mengikut jadual mereka sendiri. Pada waktu ini masih terdapat 5.19% iPhone yang menggunakan iOS 13 dan baki 4.5% menggunakan versi iOS yang lebih terdahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd