Cari @ Amanz

Radio Malaya memulakan operasi pada 1 April 1946 sebelum menukar nama ke Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tahun ini mereka menyambut jubli platinum mereka sebagai penyiar rasmi negara yang cukup kaya dengan sejarah. Oleh itu sempena ulang tahun ke-75 ini, pameran sejarah RTM kini dibuka kepada orang ramai.

Tetapi dengan pelbagai sekatan melintas negeri dikenakan, RTM mengambil peluang ini untuk menawarkan pameran secara realiti maya di atas talian. Pameran RTM75 ini dibuat sepenuhnya secara tiga dimensi dan boleh diakses menggunakan pelayar web atau peranti realiti maya seperti Google Cardboard.

Antara yang dipamerkan ialah logo-logo yang pernah digunakan, sejarah penubuhan, acara besar yang pernah diliputi oleh mereka dan tokoh-tokoh yang bertanggungjawab. Selain ruang maya yang memaparkan kandungan 2D, terdapat juga kandungan interaktif dalam bentuk video. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai RTM serta kejayaan mereka anda bole melawati pameran realiti maya RTM75 menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd