KKMM : MySejahtera Mampu Diperluaskan Menjadi “Super App” – Meliputi E-Dagang, Pendidikan, Dan Lain-Lain

KKMM : MySejahtera Mampu Diperluaskan Menjadi “Super App” – Meliputi E-Dagang, Pendidikan, Dan Lain-Lain

Diterbitkan pada Apr 7, 2021 oleh .

MySejahtera merupakan salah satu aplikasi popular digunakan ramai pengguna tempatan, kerana keperluan mengimbos kod QR MySejahtera sebelum memasuki sesuatu premis. Disamping itu, aplikasi berkenaan juga digunakan untuk tujuan pendaftaran vaksin.

Terkini, bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut berkongsi berkaitan kemampuan MySejahtera yang boleh diperluaskan penggunaannya.

MySejahtera kini digunakan hampir 25 juta rakyat Malaysia, dan dikatakan mampu menjadi “Super App” atau Pusat Sehenti untuk pelbagai perkhidmatan bagi rakyat Malaysiia, termasuk meliputi sektor seperto edagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, dan lain-lain.

Buat masa ini, ia sekadar diberikan gambaran berkenaan kemampuan MySejahtera yang boleh diperluaskan melangkaui perkhidmatan kesihatan – dan tidak diketahui sama ada akan benar-benar dilaksanakan atau sebaliknya.

Sebelum ini juga, MySejahtera sedia digunakan utuk pengesahan sebelum pemberian kredit dompet digital.

Bagi anda sendiri, apa pendapat anda berkenaan perluasan skop MySejahtera meliputi ciri-ciri lain?


Paling Popular