Cari @ Amanz

Penggunaan dompet digital semakin meningkat dari hari ke hari. Terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan pihak Perbadanan Putrajaya kelak akan meletakkan syarat penggunaan dompet digital sebagai salah satu syarat untuk memperbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam di Putrajaya.

Ini dijangka menjadi sebahagiann daripada kerangka Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan yang akan dilaksanakan secara berfasa – melibatkan Putrajaya pada fasa pertama, dan seterusnya diperluaskan ke seluruh negara.

Pada hari ini, ia diperkatakan tahap penerimaan dompet digital dalam kalangan peniaga pasar tani dan awam di Putrajaya adalah sekitar 50%. Ia disasarkan mencapai 90% menjelang penghujung 2021 ini.

Untuk tahun ini juga, ia dijangka sekitar 100 pasar tani dan pasar awam menyediakan kemudahan pembayaran secara dompet digital – sekaligus mengalakkan lagi kearah gaya hidup nirtunai dikalangan orang ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd