Cari @ Amanz

Google I/O Akan Diadakan Secara Maya Pada 18 Mei Sehingga 20 Mei Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Google I/O adalah salah satu acara pembangun yang dianjurkan oleh Google setiap tahun. Selepas dibatalkan pada tahun 2020 lepas disebabkan oleh pandemik penularan Covid-19, kini untuk tahun 2021, Google I/O akan diadakan secara maya sepenuhnya.

Google I/O dijangka akan menekankan kepada beberapa perkara, termasuk berkaitan Android 12 yang terbaru, disamping juga Chrome, serta beberapa perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan yang ditawarkan oleh Google.

Google akan menawarkan akses kepada acara maya ini secara percuma. Bagi para pembangun, anda boleh menyemak laman Google I/O dan melakukan pendaftaran sebaik sahaja ia dibuka kelak.


Komen ()