Twitter Dilaporkan Pernah Ingin Mengambil Alih Clubhouse Dengan Nilai RM16.5 Bilion

Twitter Dilaporkan Pernah Ingin Mengambil Alih Clubhouse Dengan Nilai RM16.5 Bilion

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Trend semasa media sosial ialah menyokong perbualan secara audio mirip yang dipelopori oleh Clubhouse tahun lalu. Menurut laporan Bloomberg, Twitter pernah ingin mengambil alih Clubhouse dengan nilai $4 bilion (~RM16.5 bilion) sebelum perbincangan terhenti.

Tidak diketahui pihak mana yang memulakan perbincangan terlebih dahulu. Seperti yang kami laporkan semalam, Clubhouse juga kini dianggarkan bernilai $4 bilion. Selepas perbincangan ditamatkan di antara kedua-dua pihak, Twitter memperkenalkan Spaces dengan ciri yang sama cuma boleh diakses pada platform selain iOS.

Perkhidmatan media sosial lain seperti Facebook, LinkedIn, Spotify, Telegram dan Discord juga sedang membangunkan klon Clubhouse mereka yang tersendiri sejak akhir-akhir ini.


Paling Popular