Cari @ Amanz

Robot Spot oleh Boston Dynamics mungkin adalah yang paling banyak penggunaannya setakat ini. Ia telah diuji di kawasan pembinaan, menarik lori, melakukan pemantauan pembatasan fizikal dan bersorak di stadium. Seterusnya ia mungkin pula digunakan di medan perang bagi membantu infantri.

Sumber – Ouest France

Ujian telah dilakukan oleh tentera Perancis pada penghujung bulan Mac lalu dengan Spot digunakan untuk melakukan pemantauan barisan hadapan sebelum anggota meneruskan misi. Selain Spot, robot MILREM THeMIS, NERVA LG, Nexter UGV ULTRO dan Shark Robotics BARRACUDA.

Sumber – Ouest France

Setiap robot diuji dengan fungsi tersendiri. BARRACUDA misalnya membawa perisai kalis peluru bagi memberikan pelindungan kepada infantri, ULTRO pula membawa bekalan sehingga 600 kilogram dan THeMIS pula dilengkapi sistem meriam 20mm kawalan jauh.

Walaupun timbul isu mengenai penggunaan robot di medan perang serta penglibatan dana awam untuk pembangunan, ujian terus dilakukan oleh pelbagai tentera dunia. Ia dilihat mampu menjadi pengganda kuasa di medan perang dan pada waktu yang sama mengurangkan risiko ke atas anggota tentera manusia.

Sumber Ouest France menerusi Gizmodo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd