Lenovo Qreator 27 Dilengkapi Dermaga Pengecasan Nirwayar Dilancarkan Pada Harga RM 2559

Lenovo Qreator 27 Dilengkapi Dermaga Pengecasan Nirwayar Dilancarkan Pada Harga RM 2559

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Di pejabat ruang kerja yang kecil adalah norma kehidupan seharian. Sukar juga mencari palam kuasa untuk mengecas telefon, tablet dan komputer riba. Penyelesaiannya mungkin hadir dalam bentuk Monitor Lenovo Qreator 27 yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

Monitor Lenovo Qreator 27 hadir dengan pengecas nirwayar Qi terbina pada bahagian tapak yang juga merangkap tempat simpanan peranti lengkap dengan alur untuk membolehkan ia diletakkan secara menegak. Dengan ini pengguna boleh menonton video atau melakukan telesidang dengan selesa.

Dari segi spesifikasi, monitor dilengkapi skrin 27-inci IPS LCD 16:9 dengan resolusi 4K, kadar segar semula 60Hz dengan masa tindak balas 4ms dan sokongan AMD FreeSnyc. Keterangan maksimum ialah 400 nits manakala sokongan warna adalah sehingga 98% DCI-P3 dan 99% sRGB.

Kekuatan Qreator 27 ialah sokongan I/O yang cuku mewah iaitu 2X HDMI 2.0. 1X Display Port 1.4, 1X USB-C USB 3.2 Gen2 (merangkap input juga), 2X USB-A SUB 3.2 Gen1, 1X USB-C USB 3.2 Gen1 dan bicu audio 3.5mm. Dengan pelbagai pilihan ini, monitor boleh menjadi hub pengecasan pelbagai peranti kerana menyokong kuasa sehingga 180W. Akhir sekali terdapat juga sepasang speaker stereo tetapi kuasa tidak diketahui. Lenovo Qreator 27 mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM2599 sebuah.


Paling Popular