Carian
Samsung Galaxy Quantum2 Diperlihatkan – Skrin 120Hz, Cip Snapdragon 855+, Kamera 64MP
April 8, 2021 Amy Maizuraa

Samsung sedia hadir dengan penawaran Galaxy A Quantum untuk pasaran Korea sekitar tahun lalu. Ia merupakan sebuah Galaxy A71 5G dengan cip sekuriti penjana nombor rawak kuantum. Jadinya, sistem penyulitan data yang lebih selamat dapat dinikmati oleh pengguna.

Dalam perkembangan terkini, Samsung Galaxy Quantum2 pula diperlihatkan dalam beberapa imej tersebar. Seperti generasi sebelumnya, peranti ini juga akan dipasarkan khusus untuk pelanggan SK Telecom sekitar bulan April ini. Dalam pada itu, ia turut dipercayai akan dikenali sebagai Samsung Galaxy A82 kelak.

Tidak berakhir di situ, DNA rekaan sejumlah peranti sedia ada samsung turut boleh ditemui pada Samsung Galaxy Quantum2. Ia memperlihatkan peranti ini dilengkapi rekaan panel hadapan berlubang dan sistem tri-kamera di belakang.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Quantum 2 bakal dilengkapi skrin 120Hz dengan resolusi FHD+, dijana cip Snapdragon 855+, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, kamera dengan sensor utama 64-Megapixel OIS, bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Komen