Nokia 8.1 Menerima Kemaskini Android 11

Diterbitkan pada Apr 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia 8.1 telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2019 dengan janaan cip Snapdragon 710 dan sokongan kamera dengan lensa Zeiss. HMD Global kini telah mula mengedarkan kemaskini Android 11 untuk peranti ini.

Melaluinya, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menerimanya. Menurut Nokia, 10% daripada pasaran yang tersenarai dalam peringkat pertama ini akan diluluskan dengan serta merta. Sementara itu, kemaskini 50% lagi akan dilaksanakan pada 10 April dan selebihnya pula pada 12 April hadapan. Seperti biasa, anda boleh membuat semakan untuk OTA Android 11 bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami