Oppo Reno5 F Akan Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 15 April

Oppo Reno5 F Akan Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 15 April

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Oppo Reno5 F akan menjadi penawaran terkini daripada Oppo di bawah siri Reno5 untuk pengguna di Malaysia. Dalam perkembangan terkini, Oppo berkongsi kemaskini terkini mengenainya dengan memaklumkan bahawa Oppo Reno5 F akan mula ditawarkan pada 15 April 2021.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Oppo menerusi laman sesawang rasmi mereka. Hasil semakan kami menerusi laman berkenaan mendapati Oppo tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran pada peranti ini secara menyeluruh. Tetapi, sejumlah spesifikasi sedia ada pada siri Reno5 sebelum ini turut boleh ditemui padanya – menerusi fungsi Dual-View Video dan AI Color Portrait Video.

Di samping itu, Oppo Reno5 F juga bakal dilengkapi bateri sebesar 4,310mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0. Pada masa sama, Oppo juga telah mula membuka sesi pra-tempahan untuk peranti ini dan setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma sehingga RM238.

Buat masa ini, penawaran untuk harga rasmi masih tidak diketahui dan terus menjadi teka-teki. Seperti biasa, teruskan membaca Amanz untuk kemaskini berkaitan harga rasmi peranti ini kelak.


Paling Popular