Cari @ Amanz

Imbas kembali, TicWatch GHT sebelum ini telah dilancarkan di China. Jam tangan ini menampilkan rekaan muka jam empat segi bersama sejumlah ciri yang membawa kepada gaya hidup lebih aktif serta sihat. Di China, TicWatch GTH ditawarkan pada harga RMB299 iaitu sekitar RM189 untuk seutas.

Dalam perkembangan terkini, Mobvoi dilihat mula mengacah kehadiran jam tangan ini untuk pasaran global pula. Semakan menerusi laman sesawang rasmi, acara pelancarannya dijadualkan bakal berlangsung pada 13 April hadapan.

TicWatch GTH menggunakan skrin bersaiz 1.55-inci TFT dengan resolusi 360 X 360. Seterusnya, ia juga dilengkapi sehingga 14 mod sukan berbeza, sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan pelindungan kalis air 50 meter. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kemampuan untuk bertahan sehingga 7 – 10 hari menerusi sokongan bateri sebesar 260mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd