Lebiih banyak kuasa diperlukan, permukaan kad grafik akan menjadi semakin panas. Menjadi lumrah di kalangan pengguna PC untuk cuba mengimbangi prestasi, bunyi bising kipas dan haba dari kad grafik yang dimiliki. Teknik yang terbukti berkesan ialah menggunakan sistem penyejukan cecair tetapi sekiranya blok penyejuk dan kipas ditanggalkan dari kad grafik, jaminan dari pengeluar akan terbatal.
Gigabyte hari ini melancarkan kad grafik GeForce RTX 3080 GAMING OC WATERFORCE WB 10G mereka yang terkini lengkap dengan sistem penyejukan cecair terbina. Dengan sistem yang terbina, pengguna hanya perlu menyabungkan kad kepada sistem penyejukan cecair yang dimiliki tanpa perlu risau melakukan modifikasi. Sistem lampu LED RGB Fusion 2.0 juga disertakan sekali.
Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 ini turut dilengkapi memori sebesar 10GB GDDR6X dengan output 3X Display Port 1.4 dan 2X HMDI 2.1 untuk sambungan kepada multi monitor secara serentak. Harga dan tarikh jualan kad belum diumumkan pada waktu ini.