Xiaomi Mi 11 Ultra Habis Dijual Di Malaysia Pada Hari Pertama Jualan

Diterbitkan pada Apr 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Mi 11 Ultra adalah peranti mercu Xiaomi yang paling berkuasa. Ia adalah pertama dalam sejarah Xiaomi menyokong IP68, menggunakan kamera 50MP ISOCELL GN2 pertama dunia, hadir dengan skrin sekunder dan juga pengecasan pantas 67W berwayar dan nirwayar. Skrin peranti adalah 6.81″ AMOLED 1B dengan sokongan 120Hz adaptif, paparan Dolby Vision, HDR10+ dan kecerahan 1700 nits.

Peranti ini melengkapkan siri Mi 11 tahun ini selepas Mi 11 dan Mi 11 Pro. Jadi ia turut dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888. Di Malaysia peranti ini dijual dengan versi 12/256 GB, pilihan warna hitam atau putih dan harga yang agak kompetitif iaitu RM4,299. Harga jualan ini sebenarnya tidak begitu mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran luar. Jualan peranti ini bermula pada hari ini, iaitu 8 April. Walaupun hanya pra-tempahan, menurut Xiaomi Malaysia ia sudah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Setiap pembeli terawal akan menerima rantai kunci dengan ukiran nama serta baju eksklusif. Dengan pilihan peranti Snapdragon 888 yang terhad, Mi 11 Ultra tidak dinafikan adalah antara pilihan yang baik.

Adakah anda sempat membeli peranti ini? Atau anda pilih Oppo Find X3 Pro yang dijual pada harga sama, atau nantikan OnePlus 9 Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami