WhatsApp Menguji Akses Pintas Ke Pelekat Menerusi Pautan Khusus

Diterbitkan pada Apr 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sebelum ini sedia hadir dengan satu ciri yang memudahkan carian pelekat tanpa perlu menatal satu demi satu. Terkini, mereka dilaporkan sedang menguji akses pintas ke pelekat menerusi pautan khusus pula.

WhatsApp Sticker

Ciri yang dinamakan sebagai Deep Links ini akan membolehkan pengguna mengakses, melihat dan menambah sebarang pelekat baru yang diingini dengan lebih mudah. Melaluinya, pengguna hanya perlu klik pada pautan khas yang tersedia tanpa perlu membuka laman pelekat sedia ada. Buat masa ini, ciri berkenaan masih dalam pembangunan dan belum diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi.

Dalam perkembangan berbeza, WhatsApp turut hadir dengan koleksi pelekat baharu yang bertemakan “Vaccines for All”. Pelekat ini telah tersedia untuk peranti Android dan iOS bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami