Facebook Meletakkan Label Pada Berita Untuk Membezakan Kandungan Satira Dan Serius

Facebook Meletakkan Label Pada Berita Untuk Membezakan Kandungan Satira Dan Serius

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Masalah terbesar media sosial ialah pengguna yang hanya membaca tajuk atau tidak tahu membezakan kandungan satira dengan berita serius. Di Malaysia pernah tular mantan Ketua Polis Negara yang mengambil berita dari The Onion sebagai fakta tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kesipuan. Facebook menyedari isu dan dan memperkenalkan tiga label baharu pada berita yang dipaparkan di susur masa.

Label tersebut adalah “satire”, “public official” dan “fan page”. Dengan label yang diletakkan pada nama organisasi yang berkongsi pautan atau mesej, mereka berharap pengguna akan lebih mudah membezakan fakta dengan auta. Ia adalah antar langkah yang diambil oleh Facebook untuk membendung isu yang sebenarnya telah lama menjadi rungutan pengguna.


Paling Popular