Selepas Data Facebook, Kini Lebih 500 Data Pengguna LinkedIn Dijual Secara Atas-Talian

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu ini, kita sedia mengetahui berkenaan data pengguna Facebook yang ditawarkan pengodam, meliputi lebih 533 juta akaun Facebook – termasuk lebih 11 juta dari Malaysia. Kini, selain daripada Facebook, lebih 500 juta data pengguna LinkedIn turut dijual secara atas-talian.

Antara data pengguna LinkedIn yanng dijual adalah meliputi set data nama, alamat emel, nombor telefon, jantina dan beberapa yang lain. Apa pun, pihak LinkedIn mengatakan data yang dijual ini turut menghubungkan data daripada beberapa web dan syarikat yang lain.

Menurut LinkedIn, laman mereka tidak diceroboh untuk mendapatkan data berkenaan, sebaliknya ia didapati melalui kaedah scraping.

Ini bermakna, data yang tertiris adalah data daripada paparan umum di laman berkenaan.

Apa pun, seperti biasa, anda dinasihatkan supaya kekal berhati-hati dan tidak klik pada sebarang pautan emel tanpa menyemaknya berkali-kali.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami