Samsung iTest – Membolehkan Pengguna iPhone Menguji Pengalaman Penggunaan Telefon Samsung

Samsung iTest – Membolehkan Pengguna iPhone Menguji Pengalaman Penggunaan Telefon Samsung

Diterbitkan pada Apr 9, 2021 oleh .

Samsung kini hadir dengan sebuah aplikasi berasaskan web khusus untuk pengguna iPhone, dinamakan sebagai iTest. Melaluinya, pengguna boleh mengalami dan menguji pengalaman penggunaan telefon Samsung dengan antaramuka OneUI terus pada iPhone masing-masing.

Untuk mengujinya, pengguna perlu melayari laman iTest, dan kemudiannya menyimpan pautan berkenaan pada skrin utama iPhone. Seterusnya, anda boleh memulakan ia, dan menguji pengalaman OneUI pada iPhone anda.

Daripada ujian kami sendiri, pengalaman iTest ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pengguna boleh menyemak penawaran aplikasi, membuka dan mengakses pelbagai ciri-ciri, termasuk melihat talam notifikasi dan sebagainya.

Menariknya, Samsung sendiri menghantar beberapa mesej olok-olok dalam memberikan pengalaman melihat notifikasi dan berinteraksi dengannya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh menyemak pengalaman penggunaan telefon Samsung Galaxy ini melalui laman iTest hari ini.

Layari : Samsung iTest


Paling Popular