Fon Telinga Nokia Lite Earbuds Mampu Beroperasi Sehingga 36 Jam

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan semakin banyak peranti tidak lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm, pengeluaran aksesori audio bluetooth TWS kini menjadi semakin perlu. Semalam Nokia Lite Earbuds telah dilancarkan dengan kekuatan terletak pada ketahanan bateri sehingga 36 jam.

Fon telinga ini adalah dari jenis dalam telinga rekaan badan bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Sepasang pemandu audio 6mm digunakan sementara tambatan pada peranti pula ialah menerusi bluetooth 5.0. Dengan sekali caj, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 6 jam tetapi meningkat ke 36 jam dengan bantuan pod pengecas. Apabila kehabisan bateri, Nokia Lite Earbuds bolah dicas semula menerusi port USB-C.

Nokia Lite Earbuds ditawarkan pada harga €75 (~RM369) dalam warna Polar Sea dan Charcoal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami