Cari @ Amanz

THX Onyx Ialah DAC USB-C Dengan Sokongan Audio MQA

Link Copied!

Dengan tiada lagi bicu audio, jumlah telefon pintar dengan DAC terbina juga semakin pupus. Ramai pengguna merasakan audio yang dinikmati menggunakan bluetooth adalah cukup baik. Jika anda tergolong dari peminat tegar audio berkualiti tinggi, THX telah melancarkan Onyx yang merupakan DAC untuk peranti dengan sambungan USB-C.

Dengan DAC ini, audio yang lebih berkualiti dapat dinikmati pada peranti apabila sambungan secara berwayar dilakukan kerana mampu memproses audio Master Quality Authenticated (MQA). Ia bersambung secara USB-C dengan output pula menerusi bicu audio 3.5mm. Bagi mereka yang tidak mempunyai peranti USB-C, penyesuai USB-A ke USB-C disertakan sekali dengan pembelian.

Tambahan lagi DAC ini dilengkapi sistem audio THX Achromatic Audio Amplifier (THX AAA) yang menurut mereka boleh membekalkan kuasa yang mencukupi kepada fon kepala kelas tinggi yang biasanya tidak boleh digunakan pada peranti mudah alih. THX Onyx dijual pada harga RM1190 sebuah.


Komen ()