Apple Akan Menguatkuasa Notifikasi Privasi Pada Aplikasi Dalam Masa Terdekat Ini – Mengehadkan Penjejak, Menjaga Privasi Pengguna

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah mengumummkan mereka akan mula menguatkuasa implementasi notifikasi berkaitan privasi untuk pengguna-pengguna mereka melalui kemaskini iOS 14.5 dalam beberapa minggu akan datang.

Kemaskini terbaru ini, akan memfokuskan dalam menjaga privasi pengguna, sekaligus mengehadkan penggunaan penjejak oleh para pembangun aplikasi atau sesuatu organisasi.

Dengan perubahan baharu ini, pengguna akan diminta memberikan kebenaran terlebih dahulu  untuk sesuatu aplikasi sekiranya ingin melakukan penjejakan. Sebuah notifikasi akan dipaparkan  kepada pengguna ketika menjalankan aplikasi berkaitan.

Apple sebelum ini telah mengumumkan berkenaan implementasi ini pada tahun 2020 lepas, dan ia tidak disukai oleh beberapa pihak, termasuk syarikat pengiklanan digital, dan yang paling terkesan adalah Facebook.

Apa pun, langkah ini dilihat lebih menjaga privasi pengguna, sekaligus memudahkan pengguna mengawal data apa yang dikongsikan oleh mereka ke sesuatu aplikasi.

Selain itu, pengguna juga kini boleh menyemak apakah bentuk data yang mungkin diakses oleh sesuatu aplikasi dengan melihat pada penyenaraian aplikasi berkenaan di AppStore.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami