Tenaga Nasional Menyambungkan Lagi 17 Ribu Rakyat Melaka Ke Rangkaian Gentian Optik Allo

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tenaga Nasional, melalui anak syarikat pembekal internet mereka, Allo Technologies Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menyambungkan lagi 17 ribu rakyat negeri Melaka ke rangkaian gentian optik,

Projek ini memperlihatkan Tenaga Nasional mula membangunkan rangkaian gentian optik untuk kawasan rumah dan perindustrian yang membolehkan orang ramai menikmati internet yang laju sejak tahun 2019 apabila projek rintis ini bermula.

Allo Technologies sebelum ini juga telah melebarkan perkhidmatan mereka ke negeri-negeri Kedah dan Perak, dan tidak lama lagi akan meningkatkan lagi capaian rangkaian gentian optik mereka ke empat lagi negeri tambahan, termasuklah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

Tenaga Nasional dan Allo Technologies turut menetapkan matlamat untuk menyambungkan 150,000 premis tambahan di negeri-negeri ini menjelang pertengahan tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami