Pengesahan Temujanji Imunisasi Perlu Dilakukan Dalam Tempoh 48 Jam Selepas Pemberitahuan

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telahpun bermula, dimana rakyat Malaysia yang berumur dan lebih cenderung untuk menghidapi penyakit akan menerima vaksinasi bermula bulan ini.

Mereka yang telah mendaftar untuk sesi suntikan vaksin mereka melalui aplikasi MySejahtera sepatutnya menerima butiran tarikh, tempat dan masa untuk suntikan mereka dua minggu sebelum tarikh suntikan tersebut.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) baru-baru ini mengumumkan bahawa orang ramai diminta untuk mengesahkan tarikh temujanji tersebut dalam masa 48 jam menerima notifikasi mengenainya.

Jika pengesahan tidak dilakukan dalam jangkamasa tersebut, sesi mereka akan dibatalkan, dan akan diberi tarikh baru di masa akan datang. Ini adalah untuk mengelak pembaziran vaksin sekiranya penerima vaksin ini tidak dapat hadir ke temujanji yang ditetapkan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, mereka yang telah mengesahkan tarikh temujanji mereka akan menerima panggilan telefon tiga hari sebelum tarikh tersebut untuk sekali lagi mengesahkan kehadiran mereka.

Bagi mereka yang tidak mempunyai peranti pintar untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, anda juga boleh mendaftar untuk temujanji sesi imunisasi ini melalui laman web VaksinCOVID ataupun menelefon nombor bebas-tol 1-800-888-828.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami