Pemenang Program Huawei Spark Malaysia Bawa Pulang Hadiah Lumayan Bernilai RM500,00

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tiga kompeni telah diumumkan sebagai pemenang terbaik bagi Program Huawei Spark Malaysia. Melaluinya, Innov8tif berjaya mengungguli tempat pertama. Sementara itu, tempat kedua menjadi milik DoctorOnCall dan MHub pula mengisi tempat ketiga.

Kesemua pemenang ini membawa pulang hadiah berupa sokongan kewangan dalam bentuk kredit bernilai sehingga $125,000 (~RM516,750) dan bantuan teknikal dalam bentuk latihan selama 6 bulan.

Pada program berkenaan, Innov8tif mencuri perhatian para juri dengan menampilkan projek platform OkayDoc yang mengautomasikan pengesahan ID dan mengurangi penipuan dalam proses orientasi digital melalui beberapa pemeriksaan termasuklah ciri pengesanan keselamatan.

Seterusnya, idea projek yang dikongsi oleh DoctorOnCall pula merupakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berbentuk doktor dalam talian, ahli farmasi, saringan atau vaksin secara terus kepada pengguna. Melaluinya, mereka mempunyai doktor yang dilengkapi sokongan kecerdasan buatan dan beberapa barangan yang dikawal melalui Internet of Things (IoT).

Sementara itu, MHub adalah platform transaksi jualan hartanah yang mempercepatkan dan memudahkan kitaran jualan hartanah dengan menghubungkan di antara pemaju, ejen, bank, peguam dan juga pembeli.

Untuk makluman, Program Huawei Spark Malaysia pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020. Program ini turut mendapat kerjasama padu daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), TM ONE dan TruStar (Malaysia).

Ia merupakan satu program yang menyokong syarikat tunas rintis teknologi di Asia Pasifik yang memfokuskan kepada penyelesaian digital dan inovasi teknologi. Misalnya, penggunaan 5G, AI/Pembelajaran Mesin dan Analisis, IoT dan Perkomputeran Rintis.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami