Cari @ Amanz

OnePlus Nord telah dilancarkan secara rasmi pada Julai 2020 dan ia merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 765G yang dijual pada harga mampu milik. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga serendah RM1799 untuk seunit.

Dalam perkembangan terkini, OnePlus dilihat hadir dengan penawaran edisi khas untuk peranti berkenaan. Peranti berkenaan dikenali sebagai OnePlus Nord LE atau nama panjangnya ialah OnePlus Nord Literally Only One Edition. Pada dasarnya, peranti ini hanyalah sebuah OnePlus Nord versi standard yang sekadar dilengkapi kemasan serba baharu. Di mana, ia menggunakan kemasan matte dengan kombinasi warna cerun hijau – jingga pada panel belakangnya.

Seperti namanya, peranti ini dianggap eksklusif kerana hanya unit sahaja yang akan dihasilkan di dunia. OnePlus bagaimanapun, tidak akan menjualnya secara terbuka. Sebaliknya, mereka memberikan secara percuma kepada pengikut bertuah mereka menerusi satu cabutan bertuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd