Google Mengemaskini Antaramuka PlayStore – Akses Menu Kini Dengan Tap Pada Gambar Profil

Google Mengemaskini Antaramuka PlayStore – Akses Menu Kini Dengan Tap Pada Gambar Profil

Diterbitkan pada Apr 9, 2021 oleh .

Google kini telah mula menawarkan kemaskini antaramuka untuk kedai aplikasi Google Play Store. Salah satu perubahan yang paling nyata dilakukan melalui perubahan ini adalah kedudukan akses kepada menu.

Kini, pengguna boleh mengakses menu dengan tap pada gambar profil anda yang terletak pada bahagian bar carian. Ikon menu yang sebelum ini diletakkan pada penjuru kiri atas telah pun dibuang.

Rekabentuk baharu ini telah diperkenalkan secara berperingkat sejak beberapa minggu lepas, tetapi kini ia diperkenalkan secara lebih meluas.

Bagi anda sendiri, apakah perubahan ini memberikan impak kepada anda? Adakah anda mengemari perubahan ini?


Paling Popular