Xiaomi Dan Oppo Dilaporkan Membangunkan Cip 5G Sendiri Bersama Unisoc

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bekalan cip di pasaran sekarang adalah di tahap kritikal dengan terdapat laporan terdapat kelewatan sehingga 30 minggu sekiranya cip dipesan dari Qualcomm. Kombinasi permintaan luar biasa menyebabkan berlakunya isu ini dan pengeluar mula memikirkan alternatif yang perlu diambil untuk terus mengeluarkan peranti.

Menurut laporan DigiTimes hari ini, Xiaomi dan Oppo akan membangunkan cip rekaan sendiri dengan bantuan Unisoc. Pelan cip yang akan menyokong rangkaian 5G Sub 6GHz telahpun diserahkan kepada Unisoc untuk dihasilkan. Ci buatan sendiri ini akan digunakan pada peranti yang akan dilancarkan pada penghujung 2021 dan awal 2022.

Setakat ini Unisoc tidak menghasilkan cip berprestasi tinggi untuk kegunaan telefon pintar. Majoriti cip mereka digunakan peranti kelas asas rendah seperti Nokia C10 dan Nokia C3. Sebelum ini pada Jun 2020, Oppo telah mengambil bekas pekerja dari MediaTek untuk membangunkan cip sendiri sebagai langkah awal mengelakkan operasi syarikat terganggung sekiranya sekata ekonomi dikenakan oleh Amerika Syarikat. Xiaomi juga telah kembali mengeluarkan cip sendiri Serge C1 tetapi ia sekadar untuk memproses imej pada peranti Mi MIX Fold.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami