Cari @ Amanz

Siri Xiaomi Mi 11 Adalah Rakan Kerjasama Untuk BMW Shorties Ke-15

Link Copied!

BMW Shorties adalah pertandingan mencari pencipta filem baru yang dianjurkan oleh BMW. Pertandingan ini juga adalah antara pertandingan filem pendek yang berjalan paling lama di Malaysia, iaitu sejak tahun 2006. Sebelum ini, Nokia adalah rakan kerjasama untuk BMW Shorties. Untuk BMW Shorties ke-15 yang akan dianjurkan tidak lama lagi, rakan kerjasama mereka kali ini adalah Xiaomi.

Melalui siri Mi 11 yang memfokuskan kepada videografi dan fotografi, peranti Mi 11 akan menjadi fokus utama untuk pertandingan ini. Tahun ini juga buat pertama kalinya kategori baru diumumkan, iaitu anugerah Mobile Filmmaking Award. Sempena menyambut persediaan BMW Shorties ke-15, Dick Chua, Ananth Subramaniam dan Tan Ce Ding bekas juara 2012, 2018 dan 2016 hadir dengan filem pendek yang dirakam menggunakan Mi 11.

Mi 11 menggunakan sistem tri-kamera 108+13+5 Megapixel yang cukup hebat untuk dijadikan sebagai alat rakaman dan “studio” suntingan mini yang boleh disimpan dalam kocek. Sashi Ambi, selaku wakil BMW Group Malaysia menyatakan dengan BMW Group yang bergerak ke arah pendigitalan – mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan Xiaomi kerana mempunyai peranti cukup hebat untuk menjayakan pertandingan ke-15 ini.

CHARGE adalah team filem pendek tahun ini. Di mana setiap peserta perlu hadir dengan filem yang membawakan semangat rakyat ke arah positif dan boleh menempuhi pelbagai cabaran. Xiaomi juga akan sediakan Mi 11 untuk peserta hasilkan filem pendek ini. Butiran lanjut akan dikongsi oleh Xiaomi dalam masa terdekat ini.


Komen ()