iQiyi kini bekerjasama dengan Finas dalam hadir dengan sebuah kempen baharu dinamakan #JanganTontonHaram. Inisiatif selama sebulan ini memfokuskan untuk mengalakkan pengguna awam bersama menangani kecurian kandungan dan cetak rompak digital.
Dalam usaha membedung dan mencegah perkongsian kandungan cetak rompak yang memberikan impak terhadap industri hiburanĀ ini, kempen #JanganTontonHaram mengalakkan pengguna melaporkan pautan cetak rompak melalui halaman khusus yang disediakan.
Sebagai ganjaran, pihak penganjur turut menyediakan beberapa hadiah menarik, termasuk hadiah berupa sebuah iPhonne 12 Pro Max apabila melaporkan sehingga 100,000 pautan haram.

Bagi anda yang berminat, boleh melaporkan pautan kandungan cetak rompak melalui laman khusus #JanganTontonHaram berkenaan.
Untuk makluman juga, pengguna boleh melayari perkhidmatan iQiyi secara percuma dalam mendapatkan akses kepada sejumlah kandungan secara percuma – termasuk kandungan tempatan.