Bungkusan Mi Segera Yang Melarut Menjadi Sup Ialah Penyelesaian Kepada Masalah Plastik

Bungkusan Mi Segera Yang Melarut Menjadi Sup Ialah Penyelesaian Kepada Masalah Plastik

Diterbitkan pada Apr 9, 2021 oleh .

Pembalut bungkusan ialah antara sumber pencemaran plastik terbesar di dunia dengan tular di media sosial bungkusan Indomie yang berusia 10 tahun ditemui masih dalam keadaan baik selepas ditemui terapung di permukaan laut. Penyelesaian yang ditemukan oleh Holly Grounds, graduan Ravensbourne University London kepada isu ini benar-benar berfikir di luar bungkusan.

Projek beliau Dissolvable Noodle Packaging menggantikan bungkusan untuk mi dan perencah plastik dengan bahan bio-filem yang diperbuat daripada perencah itu sendiri. Apabila keseluruhan bungkusan dimasukkan ke dalam air panas, ia akan melarut dan berubah menjadi sup yang kemudiannya di makan. Ini bukan sahaja mengelakkan pencemaran plastik tetapi mengurangkan langkah untuk menyediakan semangkuk mi segera.

Tiada langsung bahan plastik digunakan tetapi digantikan dengan kanji kentang, gliserin dan air sahaja. Bagi mengelakkan kerosakan semasa diletakkan di kedai, bungkusan bio-filem dan mi ini dijual dalam bungkusan yang diperbuat daripada kertas yang kemudiannya boleh dikitar semula. Pada waktu projek tahun akhir ini masih lagi sekadar konsep tetapi mempunyai potensi yang tinggi mengurangkan pencemaran plastik.


Paling Popular