Carian
Wear OS Kini Boleh Memaparkan Indeks Ultraungu Mengikut Lokasi Pengguna
April 9, 2021 Fahim Zahar

Wear OS semakin hari semakin baik. Lebih-lebih lagi dengan cip pemprosesan Snapdragon Wear 4100 yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih pantas dan lancar. Walaupun begitu, Wear OS masih ada yang kurang membuatkan pengalaman penggunaan kurang memuaskan berbanding Galaxy Watch atau Apple Watch.

Walaupun begitu, Google masih tidak mengalah dan terus membangunkan sistem operasi untuk jam tangan pintar ini. Terkini, Google telah mengemaskini aplikasi cuaca pada Wear OS dengan kemampuan memaparkan indeks ultraungu mengikut lokasi pengguna. Ini bukannya perkara baru untuk aplikasi cuaca, atau untuk jam tangan pintar. Apple Watch, peranti Android lain – aplikasi cuaca sudah boleh paparkan indeks ini.

Walau bagaimanapun, paparan indeks UV ini terhad untuk muka jam terpilih agar ia tidak bermasalah. Melalui nilai indeks UV yang terus terpapar pada pergelangan tangan, pengguna boleh tahu sama ada selamat untuk berada di luar atau sudah sampai masa untuk menggunakan produk pelindung matahari untuk melindungi kulit. Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat.

Komen