Cari @ Amanz

Fujifilm Corporation kini hadir dengan penawaran satu lagi kamera filem segera baharu. Dikenali sebagai Instax Mini 40, ia menampilkan sentuhan elemen klasik dan retro menjadi satu gaya yang lebih unik.

Untuk tujuan rakaman gambar, Instax Mini 40 menampilkan ciri kamera yang cukup asas dengan hanya dua tetapan – iaitu mod penggambaran biasa dan swafoto. Instax Mini 40 juga dilengkapi ciri Automatic Exposure yang akan menyesuaikan tahap kecerahan imej yang diambil mengikut kedaan keliling.

Kemudian, terdapat butang pada bahagian hadapan untuk mengaktifkan mod swafoto ini – bagi mengubah jarak fokal sesuai untuk gambar swafoto lebih berkualiti. Lebih menariknya, terdapat juga kaca mini pada bahagian berkenaan yang berfungsi seakan paparan kamera swafoto pada telefon pintar.

Sebanyak dua bateri besaiz AA diperlukan untuk operasi kamera. Pengguna juga perlu menggunakan mana-mana filem segera Instax bersama-sama dengannya. Instax mini 40 ditawarkan pada harga bermula $100 (~RM413) sebuah dan akan mula dipasarkan penghujung April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd