Cari @ Amanz

Samsung pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran televisyen mereka, termasuk dengan harga melangkaui harga sebuah rumah. Menariknya, terbaru mengikut laporan salah satu penyiar di Korea Selatan, ia dilaporkan Samsung mungkin menghasilkan televisyen dengan menggunakan panel yang dibekalkan oleh LG.

Untuk makluman, LG merupakan pesaing terdekat Samsung di Korea Selatan, yang turut menawarkan sejumlah komponen dan panel kepada pengeluar lain. LG juga turut membekalkan panel OLED kepada Sony dan beberapa pengeluar lain.

Ini akan turut membolehkan Samsung turut memfokuskan pengeluaran panel OLED untuk telefon pintar, sementara mendapatkan panel bersaiz besar daripada pihak LG Display. Langkah ini juga turut akan memudahkan Korea Selatan terus kekal mendominasi pasaran dan tidak tewas kepada pengeluar dari negara lain – terutamanya pengeluar dari China yang semakin aktif dengan pasaran LCD.

Buat masa ini, ia sekadar laporan sahaja, dan belum berlaku sebarang pengumuman rasmi berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd