Cari @ Amanz

Reddit Turut Dilaporkan Ingin Menambah Ciri Perbualan Suara Seumpama Clubhouse

Oleh Aman

Link Copied!

Pelbagai perkhidmatan sosial kini mempertimbangkan atau dalam usaha membangunkan ciri perbualan suara sejak daripada populariti Clubhouse.

Terbaru, mengikut laporan Mashable, Reddit turut dilaporkan sedang membangunkan ciri perbualan suara seumpama Clubhouse.

Ciri perbualan suara ini dijangka akan ditawarkan kepada subreddit yang mana sebahagian daripada program langganan Powerup. Buat masa ini, ciri ini diperkatakan masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak mempunyai tarikh pengenalan lagi.

Selain Reddit, sejumlah perkhidmatan telah memperkenalkan ciri perbualan suara akhir-akhir ini, termasuk Discord dan juga Twitter.


Komen ()