Cari @ Amanz

Google kini telah menyangkal beberapa laporan di web yang mengatakan telefon pintar Pixel 5a bakal dibatalkan disebabkan oleh masalah kekurangan cip dan komponen elektronik.

Google mengatakan Pixel 5a tidak akan dibatalkan, dan kelak akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Jepun pada tahun ini.

Untuk makluman, telefon pintar ini masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi komen ini mengesahkan yang mana Google bakal memperkenalkannya pada tahun ini dengan nama Pixel 5a 5G.

Siri Google Pixel merupakan peranti keluaran Google sendiri, dan memfokuskan penawaran kemaskini yang pantas, serta antaramuka Android yang hampir asli. Versi peranti  dengan siri Pixel A pula adalah versi peranti pada harga lebih mampu-milik berbanding dengan keluaran Pixel yang lain.

Sebelum ini, beberapa laporan dan desas-desus telah hadir mengatakan Google akan membatalkannya kerana masalah kekurangan cip pemprosesan yang melanda dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd