Cari @ Amanz

Singapura menjadi negara pertama di Asia Tenggara mempunyai Apple Store diikuti oleh Thailand. Kini terdapat tiga di Singapura dan dua di Thailand. Negara lain di Asia Tenggara hanya boleh melihat dengan cemburu sahaja Apple Store di negara-negara jiran mereka.

Tetapi menurut laporan terkini The Edge, Malaysia akan akhirnya menerima Apple Store pertama seawal 2022. Ia besar kemungkinan akan dibuka di The Exchange, sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange. Perbincangan di antara Apple dan pihak The Exchange dilaporkan masih dilakukan tetapi keputusan muktamad belum lagi dilakukan.

The Exchange ialah lokasi yang paling selari dengan pelan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. Bangunan ini dibina untuk melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Green Building Index (GBI) untuk memastikan ia benar-benar lestari. Operasinya juga menyasarkan untuk sentiasa neutral karbon dengan segala sisa dikitar atau digunakan semula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd