Cari @ Amanz

Alibaba Group hari ini dikenakan denda 18.5 bilion RMB (~RM11.7 bilion) oleh pihak berkuasa China kerana didapati bersalah melanggar undang-undang antipakat (antitrust) negara tersebut. Denda dikenakan selepas syarikat mula disiasat pada penghujung 2020.

Pentadbiran Peraturan Pasaran China mendapati Alibaba bersalah menggunakan dominasi pasaran mereka sejak 2015 untuk memaksa pekedai menggunakan platform mereka dan tidak menggunakan platform pesaing seperti JD.com. Nilai denda yang dikenakan adalah sekitar 4% pendapatan keseluruhan syarikat pada tahun 2019.

Kerajaan China mula mengetatkan undang-undang antipakat dan antimonopoli negara pada tahun lalu sebagai cara mengekang syarikat teknologi. Alibaba Group dalam kenyataan rasmi menyatakan menerima hukuman dan bertekad untuk mematuhi undang-undang dengan ketekunan yang lebih baik selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd