Cari @ Amanz

APKPure, salah satu aplikasi yang digunakan meluas dalam memasang aplikasi Android, kini dilaporkan oleh Kaspersky Lab yang mana kod berbentuk hasad telah ditemui padanya.

Melalui kod hasad yang ditemui, ia boleh membanjiri peranti pengguna dengan pengiklanan – termasuk pada skrin kekunci, pada bahagian latar, dan sebagainya.

Disamping itu, kod hasad berkenaan turut membolehkan perisian hasad lain dimuat-turun ke peranti pengguna – sekaligus membawa kepada pelbagai bahaya tambahan.

Kod hasad ini telah ditemui pada APKPure 3.17.18, dan versi 3.17.19 telah membuang kod berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan APKPure, diminta berhati-hati dan memastikan menggunakan versi yang bebas daripada perisian hasad ini. Apa pun, pengguna juga dinasihati supaya sering memasang aplikasi daripada sumber yang dipercayai – seperti Google Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd