Carian
Xbox Singapura Mengubah Nama Akaun Sosial Ke Xbox SEA – Mula Berkongsi Dalam Bahasa Malaysia
April 10, 2021 Aman

Xbox merupakan salah satu konsol yang popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. Sehingga kini, Xbox hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja. Malaysia masih belum menerima konsol ini secara rasmi sehinggalah hari ini.

Negara paling terdekat yang menawarkan konsol Xbox adalah Singapura. Apa pun, pada penghujung minggu ini, salah satu perkara menarik berlaku. Akaun sosial Xbox Singapore di Facebook telah ditukar nama kepada Xbox SEA.

Ia sekaligus seperti memberikan gambaran akaun sosial berkenaan akan digunakan untuk tujuan pemasaran bagi rantau Asia Tenggara. Menariknya juga, perkongsian status pada Xbox SEA dalam bahasa Malaysia juga telah mula dilakukan – selain bahasa Thailand.

Apa pun, ia masih tidak diketahui lagi sama ada konsol Xbox ini akan memasuki Malaysia dalam masa terdekat, ataupun negara lain akan menerimanya terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut pasca perubahan nama ini.

Komen