Cari @ Amanz

Menurut Bloomberg pagi ini, Microsoft kini dalam perbincangan untuk mengambil alih Nuance Communication Inc dengan nilai $16 bilion (~RM66 bilion). Nuance ialah syarikat kecerdasan buatan dan teknologi perbualan yang bertanggungjawab membangunkan teknologi pengenalan perbualan yang kini digunakan oleh pembantu maya Siri yang telah digunakan pada iPhone sejak sedekad lalu.

Menurut sumber pengumuman pengambilalihan mungkin akan dilakukan pada minggu ini. Sekiranya dimuktamadkan, Microsoft dijangka menggunakan kepakaran Nuance untuk menyokong sistem telekesihatan menerusi sistem transkripsi Dragon yang turut dibangunkan oleh Nuance. Perbualan di antara doktor dan pesakit boleh dirakam dan diubah kepada bentuk teks secara automatik sebagai rekod.

Sebelum ini Microsoft telahpun menggunakan teknologi menghasilkan transkripsi audio secara automatik Nuance di dalam aplikasi Microsoft Teams.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd