Cari @ Amanz

Di Malaysia penerbangan domestik adalah amat popular kerana mengurangkan masa perjalanan di atas jalan raya. Ketika pandemik ini, penerbangan dalam negerilah yang membantu kelangsungan operasi syarikat penerbangan. Tetapi di Perancis, demi pengurangan karbon yang menyumbang kepada pencemaran penerbangan domestik jarak pendek telah diharamkan.

Menurut perundangan yang baharu diluluskan parlimen, penerbangan domestik jarak pendek diharamkan sekiranya perjalanan yang sama boleh diambil menggunakan kereta api dalam masa 2.5 jam. Langkah drastik diambil bagi mengurangkan pencemaran udara sebanyak 40% menjelang 2030 berbanding kadar pengeluaran karbon pada tahun 1990.

Dengan wabak pandemik memusnahkan industri penerbangan, pengenalan undang-undang baharu ini tiba di waktu yang terbaik kerana syarikat penerbangan sudahkan mengurangkan tenaga kerja serta pesawat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd