Cari @ Amanz

Rekaan Kad Grafik Legion RX 6900 XT Diperlihatkan – Hanya Akan Dijual Bersama Komputer Desktop Legion

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Lenovo, melalui jenama gaming Legion mereka bakal memperkenalkan siri kad grafik mereka sendiri berdasarkan kad grafik AMD Radeon RX 6000 terbaru.

Kini, gambar-gambar sebenar kad grafik tersebut telah diperlihatkan melalui sebuah laman web Weibo seorang eksekutif Lenovo China Gaming sendiri. Kad grafik yang diperlihatkan ialah Legion RX 6900 XT, berdasarkan kad grafik AMD Radeon RX 6900 XT, kad grafik pengguna paling berkuasa keluaran AMD.

Rekaan kad grafik tersebut, menariknya dilihat mirip kad grafik keluaran AMD sebelum ini, iaitu AMD Radeon VII yang mempunyai rekaan penyejuk yang diperbuat sepenuhnya daripada aluminum.

Untuk model kad grafik ini, ia dilihat hadir dengan logo Legion di ketiga-tiga kipas penyejuknya, disamping nama jenama Legion di bahagian plat belakang kad grafik ini.

Seperti yang dijangka sebelum ini, kad grafik ini nampaknya hanya akan ditawarkan bersama-sama dengan komputer gaming Legion yang akan diumumkan kelak. Menariknya, siri kad grafik ini dijangka turut akan hadir dengan model-model lain seperti AMD Radeon RX 6700 dan AMD Radeon RX 6800.


Komen ()