Diskaun 50% MyBayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April

Diterbitkan pada Apr 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, Polis Diraja Malaysia telah hadir dengan perkhidmatan MyBayar Saman. Melaluinya, pengguna lebih mudah membayar saman secara terus ke PDRM tanpa sebarang caj perkhidmatan. Pengenalan perkhidmatan ini selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-talian meningkat, iaitu 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada 2019 yang lepas.

MyBayar Saman

Semasa pelancaran MyBayar Saman, pengguna diberikan diskaun sebanyak 50% sehingga 11 April. Kini melalui Sinar Harian, diskaun ini dilanjutkan sehingga 15 April – iaitu hari Khamis minggu ini Bagi anda yang memandu dan ingin menyemak saman trafik, boleh layari laman MyBayar Saman hari ini dan nikmati diskaun yang banyak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami