Rekaan ROG Zephyrus G16 Tertiris – Komputer Riba Gaming Zephyrus Pertama Dengan Paparan 16 Inci

Diterbitkan pada Apr 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri komputer riba ROG Zephyrus keluaran ASUS biasanya boleh dikatakan siri komputer riba “eksperimentasi” dimana mereka memperkenalkan sejumlah teknologi binaan dan komponen baru didalamnya yang menjadikan siri ini unik apabila dibandingkan dengan komputer-komputer riba lain.

Terkini, ROG nampaknya sedang membangunkan dan bakal melancarkan sebuah lagi komputer riba dibawah model Zephyrus, yang dinamakan ROG Zephyrus G16 GU603. Apa yang membuatkan model ini unik ialah ia model ROG Zephyrus pertama yang akan menggunakan paparan skrin 16 inci dengan nisbah paparan 16:10.

ROG Zephyrus G16

Menurut maklumat yang tertiris, paparan skrin ini akan hadir dengan pilihan resolusi 2560×1600 dengan kadar segar semula 165Hz, ataupun 1920×1200 dengan kadar segar semula 144Hz yang mempunyai sokongan untuk teknologi paparan AdaptiveSync.

Lebih menarik lagi ialah tirisan maklumat juga mengatakan bahawa paparan skrin komputer riba ini akan merangkumi 94 peratus daripada kawasan paparan tersebut, menjadikannya diantara komputer riba dengan paparan skrin terbesar dalam kategori komputer riba 16 inci.

Komputer riba ROG Zephyrus G16 ini juga akan hadir dengan rekaan yang sedikit lebih tebal berbanding dengan model-model Zephyrus yang lain, dimana dimensinya ialah 35.5 x 24.3 x 2.29mm.

Buat masa ini, spesifikasi dalaman khusus untuk komputer riba ini masih tidak diketahui lagi, tetapi melalui tangkapan layar yang dibuat pada sejumlah platform jual-beli atas-talian, ROG Zephyrus G16 ini akan hadir dengan pilihan CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake dan kad grafik sekurang-kurangnya NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti yang masih belum lagi dilancarkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami